Aqiqah
1. Hukum aqiqah itu adalah sunat muakkad. Tujuan aqiqah itu supaya anak menjadi subur dengan lebih sempurna dan anak itu diharapkan ia memberi syafaat kepada ibu bapanya pada hari Kiamat.
2. Dinukilkan oleh Ibnu Hajar, hendaklah berbilang-bilang jamuan dengan sebab berbilang isteri, sebagaimana berbilang-bilang aqiqah dengan berbilang-bilang anak. Imam Ramli berkata: Memadai satu jamuan dengan kerana aqad nikah dengan beberapa isteri itu. Jamuan beranak disebut aqiqah, jamuan akad dinamakan imlak, jamuan dukhul dinamakan walimatul urus.
3. Wali anak hendaklah membuat aqiqah dengan menyembelih kambing. Yang sempurnanya, dua ekor bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. Memenuhi tuntutan sunat jika sekadar menyembelih seekor kambing bagi anak lelaki. Lembu atau kerbau itu boleh diperbuat aqiqah dan seekornya bagi 7 anak. Seekor unta atau seekor lembu atau seekor kerbau menyamai dengan 7 ekor kambing.
4. Belanja membeli aqiqah itu dikeluarkan dari harta orang asal keturunan kanak-kanak itu iaitu bapa dan datuknya. Tiada sah dan tiada harus dikeluarkan aqiqah dari harta anak itu.
5. Afdhal dilakukan aqiqah itu pada hari ketujuh dari hari beranak. Boleh diperbuat kemudian daripada itu hingga baligh anak tersebut. Apabila anak itu baligh, maka anak itu sendiri berbuat aqiqah untuk dirinya jika belum ada aqiqah dibuat untuknya.
6. Imam Ibnu hajar dalam Tuhfah berkata tiada boleh disekalikan udhiyyah (korban) dengan aqiqah, begitu juga aqiqah dengan walimatul urus. Berlainan dengan Imam Ramli yang membenarkan kedua-duanya itu disekalikan. Adapun seekor kerbau itu boleh diperuntukkan 1/7 daripadanya kerana aqiqah, 6/7 untuk walimatul urus dengan diniatkan.
7. Jamuan aqiqah itu dimasakkan daging dengan barang yang manis seperti anggur, madu, kismis dan gula. Tulang-tulang kambing aqiqah itu dilarang untuk dipecah-pecahkan dan tidak sah dijualkan aqiqah tersebut.
8. Yang utama, masakan tersebut dikirimkan kepada fakir miskin ke rumah masing-masing. Namun, boleh juga dipanggil mereka ke rumah untuk dijamukan. Boleh juga diberi makan kepada orang kaya atau dijamu dalam majlis kahwin tetapi tidak afdhal.
9. Seeloknya diberi nama sebelum disembelih aqiqah. Sunat dicukurkan rambut anak itu lepas disembelih aqiqah itu. Sekalipun anak itu gugur setelah sampai tempoh ia ditiupkan roh ke atasnya. Yang memberi nama anak itu ialah orang yang berhak berkuasa di atas anak itu seperti bapa dan datuk anak.
You did it! …How did you do it?
I am very pleased with your blog,i howp you will update it soon.