Membaca Bismillah Sewaktu Wudhuk
Hadits yang kita petik dari kitab Bahrul Mazi ialah hadis ke-22, manakala hadits-hadits yang berkaitan atau setara dengannya daripada kitab Sunan Tarmidzi ialah hadits ke-25 dan 26. Hadits ini menyentuh satu perkara atau pekerjaan yang sunat di lakukan dalam pekerjaan wudhu’.
﴿ قال مصنف رحمه الله تعالى ونفعنا الله تعالى بعلومه آمين ﴾٢٢ - ﴿ عَنْ سَعِيدِ بْنِ زَيْد قَالَ: سَمِعتُ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: لاَ وُضُوءَ لِمَنْ لَمْ يَذْكُرِاسْمَ اللهِ عَلَيْهِ. ﴾ Maksudnya:Daripada Said bin Zaid, katanya: Telah aku dengar Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bersabda ia: “Tiada wudhu’ bagi orang yang tiada menyebut nama (الله) atasnya.”
Matan lengkap untuk hadits yang dipetik di atas di dalam Sunan Tarmidzi diberikan di bawah:
٢٥- حَدَّثَنَا نَصْر بنُ عَلِيٍّ الْجَهْضَمِيُّ وَبِشْرُ بنُ مُعَاذٍ الْعَقَدِيُّ قَالاَ حَدَّثَنَا بِشْرُ بنُ المُفَضَّلِ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بنِ حَرْمَلَةَ عَنْ أَبِي ثِفَالٍ المُرِّيِّ عَنْ رَبَاحِ بن عَبْدِ الرَّحْمَن بنِ أَبِي سُفْيَانَ بن حُوَيْطِبٍ عَنْ جَدَّتِهِ عَنْ أَبِيهَا قَالَتْ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ:“لا وُضُوءَ لِمَنْ لَمْ يَذْكُرِ اسْمَ اللهِ عَلَيْهِ.“قَالَ: وَفي البَابِ عَنْ عَائِشَةَ، وَأَبِي سَعِيدٍ. وَأَبِي هُرَيْرَةَ، وَسَهْلٍ بن سَعْدٍ، وَأَنَسٍ.قَالَ أَبُو عِيسَى: قَالَ أَحْمَدُ بنُ حَنْبَلٍ: لاَ أَعْلَمُ في هَذَا البَابِ حَدِيثاً لَهُ إِسْنَادٌ جَيَّدٌ.وَقَالَ إِسْحَقُ: إِنْ تَرَكَ التَسْمِيَةَ عَامِداً أَعَادَ الوُضُوءَ، وَإِنْ كَانَ نَاسِياً أَوْ مُتَأَوِّلاً: أَجْزَأَهُ.قَالَ محَمَّدُ بنُ إِسْمَاعِيلَ: أَحْسَنُ شَيْءٍ في هَذَا الْبَابِ حَدِيثُ رَبَاحِ بنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ.فَالَ أَبُو عِيسَى: وَرَبَاحُ بنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ جَدَتِهِ عَنْ أَبِيهَا. وَأَبوهَا سعِيدُ بنُ زَيْدِ بنُ عَمْرِو بنُ نُفَيْلٍ.وَأَبُو ثِفَالٍ المُرِّيُّ اسْمُهُ “ثُمَامَةُ بنُ حُصَيْنٍ“.وَرَبَاحُ بنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ هُوَ “أَبُو بَكْرِ بن حُوَيْطِبٍ” مِنْهُمْ مَنْ رَوَى هَذَا الْحَدِيثَ، فَقَالَ: “عَنْ أَبِي بَكْرِ بن حُوَيْطِبٍ” فَنَسَبَهُ إِلى جَدِّهِ.٢٦- حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بنُ عَليٍ الْحُلُوانِيُّ حَدَّثَنَا يَزِيْدُ بنُ هَارُونَ عَنْ يَزِيْدَ بنِ عِيَاضٍ عَن أَبي ثِفَالٍ المُرِّيِّ عَنْ رَبَاحِ بن عَبْدِ الرَّحْمَنِ بن أَبي سُفْيَانَ بن حُوَيْطِبٍ عَنْ جَدَّتِهِ بِنْتِ سَعِيدِ بنِ زَيدٍ عَنْ أَبِيهَا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مِثْلَهُ.
1. BAB PADA MENYATAKAN MENGUCAP (بسم الله) WAKTU MENGAMBIL AIR SEMBAHYANG. Ketahuilah kiranya ya saudaraku. Adalah mengucap (بسم الله) pada awal-awal mengambil air sembahyang itu setengah daripada jumlah yang sunat-sunat (ya’ni salah satu daripada perkara-perkara sunat yang amat baik dilakukan) pada mengambil air sembahyang pada mazhab kita Syafi’e. Dan kata setengah ‘ulama’ wajib.
2. ١٣٧ – MASALAH: Mengucap (بسم الله) pada wudhu’ dan haditsnya. Bahawasanya Abu ‘Isa At-Tirmidzi telah mengeluarkan hadits (yang berkaitan dengan soal) mengucap (بسم الله) pada waktu mengambil air sembahyang itu, demikian bunyinya::٢٢ - ﴿ عَنْ سَعِيدِ بْنِ زَيْد قَالَ: سَمِعتُ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: لاَ وُضُوءَ لِمَنْ لَمْ يَذْكُرِاسْمَ اللهِ عَلَيْهِ. ﴾ ( Ertinya dengan penjelasan )::Diriwayatkan daripada Sa’id bin Zaid bin ‘Amru bin Nufail, katanya: Telah aku dengar akan Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bersabda ia::“Tiada wudhu’ bagi orang yang tiada menyebut nama (الله) atasnya, ya’ni tiada mu’tabar wudhu’
orang yang tiada menyebut (بسم الله الرحمن الرحيم) pada awal (ya’ni, permulaan) wudhu’nya.”( Kata Abu ‘Isa:: ) dan hadits pada bab ini ada riwayat daripada Siti ‘Aisyah, dan Abi Sa’id, dan Abi Hurairah, dan Sahl bin Sa’ad, dan Anas – (رضى الله عنهم أجمعين). Dan katanya, telah berkata (Imam) Ahmad bin Hanbal: “Tiada aku ketahui pada ini bab akan hadits yang ada baginya sanad-sanad yang elok.”
Saudara/i, hadits yang dinuqilkan ini, tidak bertaraf shahih, dan tidak juga bertaraf hasan yang mana boleh digunakan untuk penetapan hukum. Sememangnya hadits yang bukan bertaraf shahih atau hasan, iaitu dhoif atau lemah, tidak boleh digunakan untuk dalil dalam penetapan hukum. Ianya boleh digunakan untuk fadha’il amal (kelebihan untuk melakukan sesuatu amalan). Akan tetapi, terdapat qaedah di dalam ilmu hadits di mana hadits yang dhoif boleh ditingkatkan tarafnya menjadi hasan, yang membolehkannya menjadi dalil kepada penetapan sesuatu hukum agama.
3. ١٣٨ – MASALAH: Mengucap (بسم الله) pada wudhu’ dan hukumnya.Adalah mengucap (بسم الله) pada awal-awal mengambil air sembahyang itu sunat jua pada mazhab Syafi’e.
Jadi, inilah hukum mengucap Tasmiyah, iaitu (بسم الله الرحمن الرحيم), pada mazhab Syafi’e. Keterangannya boleh didapati di dalam kitab induk Al-Umm, sebagaimana yang diberikan di bawah.
(Kata Syafi’e ) di dalam Al-Umm, dan aku suka bagi seorang laki-laki bahawa menyebut nama Azza Wajal (عزوجل) pada permulaan wudhu’nya. Maka jika lupa ia (ya’ni, jika seseorang itu terlupa mengucapnya pada permulaan wudhu, maka), mengucaplah ia barang mana masa ia ingat dan jika ada ia dahulu daripada sempurna wudhu’nya (ya’ni apabila atau pada ketika ia teringat, dan waktunya teringat itu sebelum tamatnya atau sempurnaya pekerjaan wudhu’ yang dilakukannya). Dan meninggal ia (ya’ni jika ia tidak melakukan) akan mengucap (بسم الله) dengan lupa atau sengaja, (maka) tiada batal wudhu’nya, (ان شاء الله تعالى). (Kata Abu ‘Isa ) dan telah berkata Abu Ishaq, (ya’ni satu qaul lain oleh Abu Ishaq) jika meninggal seorang akan mengucap (بسم الله) itu dengan sengaja, hendaklah ia mengulang mengambil air sembahyang. Maka jika ada ia lupa atau ingat-ingat lupa, nescaya memadai akan dia (ya’ni memadai akan wudhu’nya itu).
Qala Muallif (رحمه الله تعالى)::Kata Muhammad Al-Bukhari, bermula yang lebih ahsan (ya’ni yang lebih baik) suatu (hadits) pada ini bab ialah hadits Rabah Ibnu ‘Abdul Rahman.
Hadits Rabah Ibnu ‘Abdul Rahman itu ialah hadits ke-26 daripada kitab Sunan Tarmidzi, yang saya berikan di atas, dan saya tulis semula di bawah untuk rujukan kita. ٢٦- حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بنُ عَليٍ الْحُلُوانِيُّ حَدَّثَنَا يَزِيْدُ بنُ هَارُونَ عَنْ يَزِيْدَ بنِ عِيَاضٍ عَن أَبي ثِفَالٍ المُرِّيِّ عَنْ رَبَاحِ بن عَبْدِ الرَّحْمَنِ بن أَبي سُفْيَانَ بن حُوَيْطِبٍ عَنْ جَدَّتِهِ بِنْتِ سَعِيدِ بنِ زَيدٍ عَنْ أَبِيهَا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مِثْلَهُ.
Tetapi ianya (iaitu Abu Abdullah Al-Bukhary) mengeluarkan di dalam shahihnya(.) (A)kan hadits (yang berkaitan dengan) bab ini ialah hadits yang tertentu jima’ dengan isteri mengucap (بسم الله), …… (bersambung) ……
Ya, saudara/i, hadits yang berkaitan dengan bab ini iaitu bab yang bersangkut paut dengan mengucap Tasmiyah ini, pada pengetahuan saya, ialah hadits berikut::حدثنا قتيبة بن سعيد: حدثنا جرير، عن منصور، عن سالم، عن كريب، عن ابن عباس رضي الله عنهما قال:قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ﴿ لَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَأْتِيَ أَهْلَهُ فَقَالَ: بِسْمِ اللهِ، اللَهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ، وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا، فَإنَّهُ إِنْ يُقَدَّرْ بَيْنَهُمَا وَلَدٌ فى ذلك، لَمْ يَضُرَّهُ الشَّيْطَانُ أَبَدًا ﴾(بخاري):: باب: السؤال بأسماء الله تعالى والاستعاذة بها.Maksudnya (lebih kurang, matan yang bertanda biru sahaja)::“Andaikan salah satu (seorang) dari kamu jika akan bersetubuh (jima’) dengan isterinya, maka membaca: “Dengan nama Allah, Ya Allah jauhkan kami dari syaithan, dan jauhkan syaithan dari rezki yang Tuhan berikan kepada kami”. Maka jika ditakdirkan mendapat anak dari jima’ (tersebut), tidak akan mudah diganggu oleh syaithan untuk selamanya.”
…… (sambungan) ….. maka kerana didatangkannya demikian ialah mengambil jalan aula. Ya’ni sedangkan jima’ itu tiada munasabah rasanya disuruh mengucap (بسم الله) maka disuruh mengucap (بسم الله). Kalau begitu, pada wudhu’ (tentulah) lebih aula.
Pada ulamak mazhab selain Syafie, ada di antara mereka menghukumkan wajib membaca Bismillah sewaktu awal wudhuk. Biarpun pada Mazhab Syafie, hukumnya sunat, namun eloklah kita keluar daripada perselisihan dengan membuatnya. Elok juga diawali sebelumnya dengan taawuz (minta perlindungan dengan Allah daripada Syaitan). Kemudian, jikalau terlupa ada ulamak bermazhab Syafie, membolehkan membaca sama seperti terlupa membaca Bismillah sewaktu makan, iaitu dengan Bismillahi Awwalahu Wa Akhirahu. Wallahua’lam.